Ahad, 22 Januari 2012

BERITA TERKINI DARI PAK CIK AZALI

24 Jan 2012, 19.00 hrs Waktu Malaysia

Salam anak-anak yang diberkati Allah sekelian;

Semoga semua para pelajar IM berada didalam keadaan sihat, dan selesai mendudoki peperiksaan mid-
term dengan jayanya.

 Pertamanya, pemohonan tajaan MARA bagi para pelajar tahun 2, borang permohonan yang dikirimkan dengan pak cik tempoh hari, telah dihantar untok dipertimbangkan. Bagi bagi yang belum, dapat kiranya lengkapkan borang permohonan dan kirimkan pada En Zaini dari QAS Management.

Keduan, tajaan JPA, para pelajar tahun 2 yang memperolihi pencapaian sekurang-kurang jahidd jiddan
bolih membuat permohonan secara on line pada bulan Febuari 2012.

Ketiga,majlis dialog dengan YBhg Dato Shahlan Bin Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri dan rombongan,pohon para pelajar IM beri kerjasama untok hadzir dimajlis tersebut yang akan diadakan mulai jam 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang 27 Jan 2012, bertempat diARMA. Pak cik memohon maaf tidak dapat kerana kesihatan tidak mengizinkan. Ustaz Nawi mewakili IM jika ada apa-apa permasaalahn  Nasihat pak cik semasa  kemajlis tersebut, sentiasa bersopan dan bertertib demi menjaga nama kita bersama.

Akhir sekali, semasa winter break hampir 2 minggu, pergi buat lawatan untok rehatkan minda tidak menjadi kesalahan, Cuma nasihat pak cik sentiasa jaga keselamatan diri

Terima kasih

27 Jan 2012, 22.35 hrs Waktu Malaysia

Salam

Syabas anak-anak Pak Cik di Al-Azhar dan Tanta University, yang sudi meluangkan masa menghadziri Majlis Dialog dengan Ybhg Dato Shahlan Bin Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri. Mengikut laporan dari wakil wakil Islamic Medic Sdn Bhd-Ustaz Nawi, Sdr Fauzan, Sdr Syamil, Sdr Naufal, Sdri Sheila, Sdri Falihin dan lain-lain lagi\, kehadziran adalah amat menggalakkan.Syukur Allaham dulilah.. walaupun pak cik tidak dapat bersama-sama dengan kelian semua, atas masaalah kesihatan, harapan dan doa pak cik serta ibu-bapa, sentiasa bersama-sama kelian.

Terima kasih