MONEY
1st sekali.. duit.. ape2 pon, duit dulu.. duit yg penting.. no money, no talk. kan? hehe
utk bulan permulaan, ana cdangkan antunna bwak duit bnyak sikit. at least 200-300 USD (rm650-rm950)..
ulangan, USD US DOLAR bukan RM. duit ringgit xlaku langsung kt mesir.. kalau bwak duit RM, memang kebulur la antunna, xboleh nak buat ape. money changer pon xnak duit mlysia..
duit tu untuk beli buku2, buku2 kalau setahun, ade dlm rm200 jugak.., brang2 keperluan yang korang terlupa bawak. kelengkapan2 rumah. biase la.. mula2 masuk rumah baru kene la setup2 sikit.. ape2 yg xcukup, kene beli..
then, untuk monthly, untuk di azhar, AT LEAST rm450-rm500 sbulan, skarang ni, barang dah naik harga... untuk di tanta RM300-RM350.
MAKANAN
1. serbuk santan- jgn bawak yg santan liquid,nanti beg berat.
2. serbuk kari daging, ayam, ikan, rempah kurma, sup bunjut etc
3. serbuk kunyit
4. cili kering/serbukcili-
5. asam jawa,asam keping
6. ikan bilis, udang kering, ikan masin-semua ni takde kat sana.optional lah. ikan bilis n udg kering agak penting .
7. kiub ikan bilis, kiub ayam
8. kiub /pes tomyam
9. bihun – memg takde kat sana. Biasa breakfast, kitrg rebus mee spaghetti tu je, n then buat mee goreng.hehe.kalau nak kasi cantik sikit, waktu rebus mee, letak kunyit sikit, so, akan jd mcm mee kat msia lah.
10. serai yg dikeringkan,daun kunyit,daun kari,daun kesum ,daun limau purut etc
11.halia, lengkuas, kunyit
12. rempah ratus (bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih dan adik-beradiknya)
13.belacan
14. KICAP -siapa yg tak boleh mkn nasi without kicap tu, memg kene survive lah. KICAP KIPAS UDANG TU, SEDAP!!!hehe.. antunna beli, then tukar kpada botol plastik. sbab, botol kaca berat, rugi berat utk bagasi
15. sos cili- bawak yg refill pack tu lah, takde la berat sgt bwk botol kaca tu.sos cili mesir rasa sos tomato.depa tak mkn pedas.
16.perencah nasi goreng,mee goreng, sup sayur – crucial utk awal2 ni, sbb tak terer masak sgt kan (awal2 dulu camtula..hehe). dan juga crucial waktu time exam. Kasi campak je semua dlm kuali.haha.
17. keropok2/pepedom Beras memang antara makanan ruji org arab-memg available sentiasa lah. Barang mentah- biasanya makan ayam, daging dan ikan lah.ikan byk je variety yg ada;keli, sardine,etc. sotong harganya ok lah, tapi udang memang agak mahal.ketam pun ada...so, no worries!oh ye, kerang pun kat certain tempat ade.lala(remis) pun ade.
MINUMAN
1. ovaltine, milo- kat sana ada je hot chocolate drink, but tak sesedap msia lah
2. milk product- berlambak2.hehe.jgn risau ye.susu tepung ada, fresh milk dlm kotak ada,susu kambing yg betul2 pure smpi kena masak dulu atas api pun ada. *susu sejat ada, tp mahal sikit. Susu pekat memg takde.huuuu
3. kordial – kat sana byk jus(oren,mangga,epal etc). YG TAKDE-> sirap, sarsi,ribena
4. caffeine-boleh didapati dgn byk dan pelbagai jenis.
ELECTRICAL APPLIANCE
brg elektrik kat sana tak sekebal Msia, so,cdgn adlh: pakat dgn housemates,bahagi2kan electrical appliance
1)periuk nasi (tak yah besar2 sgt, bwak yg 5 pot tu pon xpe, bagi prmpuan la.. laki kne yg 8-10 pot.. laki kuat makan)
2)water boiler
3)blender
4)iron
5)extension- yg ni optional .but extension sana memg cepat rosak laaa.huuuu. Kat mesir guna plug dua pin. Bawaklah beberapa adapter dari msia. Sbb nanti awal2 ni, takut kelam kabut kan.
6)KUALI- *adakah kuali eletrical apppliance?ah, bantai jela.. hehe* bende ni mmg penting SANGAT! mesir susah nak jumpa kuali.. even mmg xde kot rasanya. entah la.. mesir banyak kuali leper tu. xbest la masak pakai bende tu.
ana cdangkan, brang2 di atas, nanti pakat dgan bakal housemate, masing2 bawak sorg satu. senang.
PAKAIAN
Basically, kat mesir pakai tshirt biase je pegi kuliah. xdiwajibkan pon untuk pakai kemeja pegi kelas... pakai selipar pon boleh.. kalau nk nampak smart skit, pakai kasut la.. ikot masing2.. utk prmpuan, hari2 ramai yg pki baju yg bersesuaian, ikot syariat agama.. bju kurung ok je , org ARAB tak pandang pelik pun.
Kasut-> kita kat sana memg byk jalan, so,ana suggest, bawaklah kasut yg berkualiti awal2 dari msia. Kasut kat mesir ni, tapaknya keras sikit, tak seselesa msia. But branded shoes ade je kat sana(boleh tahan murah jugak). Dan kasut, bawaklah color yg gelap. Mesir negara berdebu, bwk kaler putih kang, gerenti kena basuh every week.
Tudung- >org arab kebanyakannya pakai selendang. So, agak susah lah kan. antunna bawaklah tudung secukupnya dari Malaysia. Tapi kat certain tempat, ade je jual kain tudung; beli ikut meter, potong sendiri n jahit tepi sendiri =) Oh ye, serkup yg fesyen msia punya takde jual kat sana.
Oh, brooch juga tidak semenarik msia.hehe.
Pakaian winter- nanti, snior2 akan bawak korang smua pergi beli kt tmpat yg khas untuk beli pakaian winter. winter coat antunna boleh beli kat sana. Tights utk halang angin waktu winter pun boleh beli kat sana je =)
TOILETTRIES
Jenama international semua ada dijual- shower foam,syampu, ubat gigi, pencuci muka,deodorant(spray, tak spray), lipbalm, lotion,cologne semua ada.. Antunna bawak dlm kuantiti utk sebulan dua ok lah. *Jenama yg ada-lux ,sunsilk , dove, nivea, rejoice, pantene, colgate, Johnson, clean n clear; semua ade laa.jgn risau. But kbyknnya yg patut kita boikot kan.. tapi takpe, sebab kat mesir banyak je jenama alternative
STATIONARIES
Farber castell (tak tau la eja betul ke tak), yg made in msia, boleh didapati di mesir (pen) PILOT ada. STAEDTLER pun ade. Ok je kan. Ala, boleh je survive kan even tak de stationaries yg best pun.
PERHUBUNGAN
ada je line etisalat.0.15 sen/min untuk panggilan dan 0.30 sen/sms.so,kat sana lebih prefer call dr msg.
Internet di mesir – ada banyak option.
(1) byk je cybercafé (lebih sesuai utk lelaki)
(2)internet thru hp sgt murah-1 le [rm 0.52] utk tempoh 24 jam
(3)kalau nak setup internet kat rumah, boleh tarik wayar dari cc
(4)tapi yg paling ok adalah wifi sbnrnya wifi 1Meg, le150. kongsi satu rumah, sorg le30.. murah.. nanti sampai sana boleh mintak tolong seniors antunna.jgn risau ye
(5)broadband- rmi dah student msia yg guna.usb modem tu semuanya memg kat sana lah.sebab direct dgn telecommunication company tu (149LE/month). but mahal sikit lah kan.. seorg le150. wifi is better.
OUTMOST IMPORTANT THING AL-QURAN AL-KARIM->
manual hidup kita kan ni..mana boleh tak bawak.kalau tak bawak, habis laaa. Cube bayang kita nak guna iphone, tapi takde manual...ape akan jadi??sia2 je hp mahal2 tu kan. KITA as MUSLIM pun patut tahu dan KENA belajar lah guna manual yg ALLAH dah kasi tu. ana cadangkan antunna bawak al-quran yg kecil. Senang nak bawak ke mana2 . takde laa nanti tak bawak quran g kelas sbb takut beg berat. PALING PENTING, bawak quran yg BERSERTA TERJEMAHANnya ya. Cube antunna bayang kalau kite sesat jalan kat Germany, dan takde kamus german-melayu kat tgn. Hrmmm,mesti kita akan takkan jumpa jalan keluar kan? mcm tu jugak lah alquran.baaaaanyak lagi benda yg kita kena explore dari kata2 ALLAH tu. Dan bila graduate nanti, for sure kita nak diri kita tersiap-sedia dgn sesuatu yg bukan setakat medicine sahaja. Antunna nak Belajar kat mesir ni, org lain tentu ada high expectation pd antunna kan? diri antunna sendiri, mesti ada personal achievement yg nak dicapai bukan?? Maka, nasihat ana,
1.Set niat, set matlamat betul2.
2.Persiapkan diri, mentally, physically.
3.Kita nak jadi MUSLIM yg DOKTOR, bukan doctor yg muslim. Kalau niat dah betul, iA jalan tu juga akan jadi jelas...
Akhir kata, Bumi Mesir itu bumi anbia', bumi tempat lahirnya para nabi,bumi tempat berjuangnya Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Yusof. Tapi Bumi Mesir tu juga bumi firaun yg angkuh, bumi tenggelamnya harta si Qarun yg bongkak tu.. Terpulang pada kita ni,mcm mana nak bentuk diri kita.... Moga kita semua sentiasa dalam naungan ALLAH.