Kenali kami



EN MOHD AZALI BIN HARUN



  • Encik Mohd Azali Bin Harun adalah seorang yang komited dan berpengalaman dalam bidang pendidikan.Beliau pernah menjadi guru,pengerusi PIBG di beberapa sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pengarah Operasi Yayasan Generasi Gemilang WP Kuala Lumpur, badan sukarela yang telah berjaya menempatkan para pelajar diberapa universiti terkemuka di Mesir.  


  •  Selaku bekas pegawai polis yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, beliau sangat mengambil berat tentang prosedur penempatan, keselamatan dan kebajikan para pelajar. Sikap peramah dan kebapaan beliau, amat di senangi oleh orang sekeliling terutamanya pelajar dan ibu bapa.



KEISTIMEWAAN ISLAMIC MEDIC SDN BHD

  • Sebuah agensi penghantaran pelajar ke Mesir, Turki dan Russia bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
  • Berpengalaman luas  menguruskan pelajar di Mesir semasa menjawat jawatan Pengarah Operasi Yayasan Generasi Gemilang WP Kuala Lumpur mulai tahun 2006  hingga 2010.
  • Yuran perkhidmatan yang berpatutan,munasabah dan fleksibel.
  • Pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan yang dimiliki pengasas IMSB  menyebabkan keselamatan dan kebajikan para pelajar sentiasa diberi keutamaan.
  • Mesra pelanggan dimana pengasas boleh dihubungi pada setiap masa.
  • Tulus dalam urusan penghantaran dan penempatan pelajar dimana para ibu-bapa/penjaga di alu-alukan  mengiringi para pelajar semasa penghantaran tersebut.
  • Konsultasi pelajar adalah secara orang personal yang dilaksanakan oleh pengasas sendiri.
  • Setiap pelajar IMSB diberi perlindungan insurans.
  • Setiap pelajar IMSB sentiasa pada tahap kesihatan yang terbaik dengan mewajibkan para pelajar mengambil pemeriksaan kesihatan dan imunisasi berkaitan sebelum berangkat.
  • Membantu para pelajar mendapatkan Sijil Tanpa Halangan ke Luar Negara (NOC) dari KPT.
  • Menganjurkan kursus pra-perubatan (pilihan/optional) sebelum berangkat ke Mesir. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan